Sample Page Title

PENGGUNA aplikasi WhatsApp berdepan sekatan sementara dan risiko kehilangan keseluruhan rekod perbualan.

Aplikasi mesej itu turut menyiarkan sebuah blog yang memberi amaran bahawa perisiannya versi palsu sedang tersebar.

Sesiapa sahaja yang menggunakan aplikasi palsu ini boleh disekat.

WhatsApp menggesa semua pengguna yang merasakan perisian yang mereka gunakan tidak tulen untuk membuat sokongan rekod perbualan anda kerana ia mungkin hilang apabila ia dipindahkan kembali ke aplikasi rasmi.

“Jika anda menerima mesej aplikasi menyatakan akaun anda disekat sementara ini bermaksud anda menggunakan versi WhatsApp yang tidak disokong dan bukannya aplikasi rasmi WhatsApp.

“Jika ini berlaku, anda harus memuat turun aplikasi rasmi untuk terus menggunakan aplikasi itu,” katanya.

Perisian palsu termasuk aplikasi seperti GB WhatsApp dan WhatsApp Plus boleh dimuat turun dari Google Play dan telefon Android.


“Aplikasi yang tidak disokong seperti WhatsApp Plus dan WhatsApp GB, adalah versi ubah suai WhatsApp.

Menurut pengendali WhatsApp, aplikasi palsu ini dibangunkan pihak ketiga dan melanggar syarat perkhidmatan mereka.

“WhatsApp tidak menyokong aplikasi pihak ketiga ini kerana kami tidak dapat mengesahkan amalan keselamatan mereka,” katanya. – Metro.co.uk

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...