• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Sokong Anwar Jadi PM

oleh
18/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Annuar Musa (BN-Keterah) menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, mengatakan dia berbangga dengan ucapan dan pemikiran Ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Saya tidak faham kenapa disebelah sana masih ada keraguan. Sebahagian dari sana, sekurang-kurangnya, cuba melambatkan proses Port Dickson mengambil alih jadi perdana menteri.

“Barangkali Dewan Rakyat boleh memahami kerana kalau diperhatikan ucapan Port Dickson tadi ternyata ada aliran pemikiran yang sangat nyata antara Port Dickson dan Langkawi.

“Dalam keadaan Langkawi dengan kereta terbangnya dan penswastaan,” katanya, merujuk kepada Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad (PH-Langkawi).

Kenyataan itu menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) memetik Perintah Tetap 36(6) dan meminta Annuar meneruskan perbahasan tanpa niat tidak baik bagi mengelakkan konflik.

Annuar bagaimanapun berkata rakyat sedang memerhatikan kerajaan menerusi pilihan raya kecil.

“Kami rasa senang dengan tuntutan Port Dickson, malah kalau ada undian, rasa kami beri undi pada Port Dickson kalau undi tak cukup.”

PAS sebelum ini memberi bayangan tentang usaha menjatuhkan Mahathir menerusi undi tidak percaya di Dewan Rakyat dan berkata ia akan menyokong perdana menteri sekiranya berlaku pengkhianatan dalam kalangan ahli politik Pakatan Harapan.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh beberapa pemimpin PH termasuk Anwar.

Terdahulu, Anwar berucap mengenai beberapa isu termasuk menyeru suatu perbahasan tergempar diadakan mengenai serangan terhadap masjid di Christchurch, New Zealand baru-baru ini.

Beliau berkata mangsa dibunuh kerana kepercayaan agama.

Anwar percaya matlamat serangan di 2 masjid itu adalah menanam kebencian dan mengalakkan keganasan di serata dunia, dan pelaku cuba mengumpan orang Islam supaya membalas dendam.

Beliau berkata pelaku cuba menanam rasa takut dan syak wasangka dalam kalangan orang bukan Islam terhadap orang Islam.

Anwar menggesa Dewan Rakyat meluluskan usul mengecam sekeras-kerasnya kejadian itu. Perbahasan mengenainya akan diadakan pada 4.30 petang ini. – FMT

Tags: Annuar MusaAnwar IbrahimMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd