• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Akaun Bank Luar Negara Diminta Lapor Ke LHDN

oleh
08/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDIVIDU yang mempunyai akaun bank di luar negara dan mempunyai pendapatan yang belum dilaporkan diminta segera hadir ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata pihaknya telah mengeluarkan surat dan e-mel khusus kepada pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di luar negara yang masih gagal membuat pelaporan cukai yang sepatutnya.

“Pembayar cukai dalam kategori inilah yang diminta dalam surat dan e-mel LHDN untuk menghubungi dan melaporkan pendapatan tersebut kepada LHDN,” katanya.

Beliau berkata agensi itu mula menerima maklumat kewangan khususnya pemilikan akaun bank dari luar negara mulai September 2018 di bawah inisiatif Pertukaran Maklumat Secara Automatik (AEOI) oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

LHDN memperkenalkan inisiatif Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) sebagai satu daripada kaedah penyelesaian cukai bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang dijana daripada hasil sumber pendapatan Malaysia yang boleh dikenakan cukai dan disimpan di akaun bank di luar negara tetapi pendapatan tersebut masih belum dilaporkan.

Di bawah program tersebut, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran pengurangan bayaran penalti daripada 300 peratus kepada 10 peratus sekiranya pelaporan dibuat pada atau sebelum 31 Mac, 2019 dan 15 peratus sekiranya pelaporan dibuat pada atau sebelum 30 Jun, 2019.

Dalam perkembangan lain, Sabin berkata tindakan telah diambil terhadap aduan mengenai segelintir pegawainya yang menjalankan tugas secara tidak profesional, mengugut pembayar cukai dan tidak mengikut prosedur kerja yang ditetapkan.

“LHDN memberi jaminan aktiviti audit atau siasatan tidak akan melibatkan serbuan ke atas rumah pembayar cukai pada tengah malam,” katanya. – BERNAMA

Tags: cukai pendapatanLHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd