• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Didenda Jika Berat Badan Naik

oleh
02/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Sebuah sekolah di wilayah Zhejiang, China mengenakan denda berlari setiap hari terhadap pelajarnya sekiranya berat badan mereka didapati naik selepas perayaan Tahun Baru Cina ini.

South China Morning Post melaporkan, idea itu bermula dari seorang guru dengan tujuan untuk memberi kesedaran terhadap pelajar sekolah terbabit mengenai pentingnya menjaga kesihatan badan.

“Baru-baru ini saya berjalan di pusat beli-belah bersama rakan dan ternampak alat penimbang berat. Ia memberi idea kepada saya supaya setiap pelajar ditimbang berat sebelum musim perayaan.

“Ini bertujuan memberi kesedaran kepada mereka mengenai risikonya jika berat badan bertambah,” kata guru Sekolah Menengah Hangzhou Ketiga, Chen Wei.

Dua pelajar berusia 13 dan 14 tahun turut menimbang berat badan masing-masing Isnin lalu sebelum bercuti panjang.

Sekiranya berat mereka naik 2 kilogram, pelajar terbabit akan didenda dengan berlari setiap hari sehingga penggal berikutnya.

Bagaimanapun, langkah sekolah itu menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial dan tidak kurang juga ada yang memuji.

China berdepan dengan masalah obesiti di sekolah dan mempunyai bilangan kanak-kanak gemuk paling ramai di dunia.

Satu kajian pada 2017 mendapati bilangan itu boleh mencecah 50 juta orang menjelang 2030.

Pakar mendapati masalah itu berpunca daripada pengambilan terlalu banyak makanan proses dalam kalangan kanak-kanak selain tekanan dalam akademik menyebabkan mereka jarang melakukan aktiviti luar. – Agensi

Tags: berat badanChinaTahun baharu Cina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd