• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO, Kemboja Bincang Bebaskan 47 Rakyat Malaysia

oleh
12/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa mengadakan perbincangan dengan kerajaan Kemboja bagi membantu 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara di Poi Pet, kira-kira 446km dari utara Phnom Penh.

Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan hari ini bertujuan memohon bantuan penyelesaian terhadap nasib yang menimpa semua tahanan tersebut.

Menerusi perbincangan itu, beliau berkata Othsman bersetuju untuk membawa perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Hun Sen dalam masa terdekat selain membolehkan Mustapha melawat mereka yang ditahan.

“Mereka yang ditahan ini mungkin dijanjikan pendapatan yang lumayan, tambahan pula Kemboja menggunakan dollar Amerika.

“Mereka dijanjikan pekerjaan yang baik tetapi apabila sampai ke Kemboja, secara berperingkat mereka dipaksa kerja di kasino dan tempat judi haram,” menurut Mustapha dalam kenyataan semalam.

Menurut Mustapha, beliau memaklumkan kepada Othsman bahawa kebanyakan mereka yang ditahan adalah daripada keluarga miskin, dan mereka ditipu oleh sindiket tertentu.

Khamis lepas, Wisma Putra mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu di Poi Pet, sejak 11 Disember tahun lalu.

Menurut Wisma Putra, mereka ditahan atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram. – BERNAMA

Tags: rakyat MalaysiaTahanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd