• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyEG Terima Amaran Gagal Patuh Penalti RM9.46 Juta

oleh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran kepada MyEG Services Bhd. supaya mematuhi keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) pada 28 Disember, 2018 supaya syarikat itu membayar denda harian sebanyak RM7,500.

Penalti itu kini berjumlah RM9.46 juta.

MyCC dalam satu kenyataan berkata selepas penolakan permohonan Semakan Kehakiman MyEG oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Januari, 2019, suruhanjaya itu telah mengarahkan peguamnya untuk menuntut pematuhan perintah seperti yang dinyatakan dalam perenggan 58 (iii) dan 58 (iv) keputusan CAT serta bayaran penalti harian.

“Penalti harian sebanyak RM7,500.00 akan terus dikumpul sehingga MyEG patuh ke atas arahan yang dikenakan oleh CAT dalam perenggan 58 Keputusan CAT, dengan jumlah terkumpul penalti kewangan setakat ini sebanyak RM9.46 juta,” kata MyCC.

MyCC ialah pihak berkuasa persaingan utama yang bertanggungjawab menjaga proses persaingan di Malaysia, dan ia bersedia untuk mengambil semua tindakan yang dianggap perlu dalam memastikan MyEG akur dengan arahan terbabit.

Pada 25 Januari, MyEG dilaporkan berkata ia akan merayu terhadap penalti yang dikenakan oleh MyCC kerana menyalahgunakan kedudukan pasarannya dalam peruntukan dan pengurusan pembaharuan permit pekerja asing dalam talian. – BERNAMA

Tags: MyEG
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gulam Muzaffar Minta Anthony Loke Jelaskan Penggunaan ‘Post-Dated Cheque’ RM231 Juta MYEG

Gulam Muzaffar Minta Anthony Loke Jelaskan Penggunaan ‘Post-Dated Cheque’ RM231 Juta MYEG

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mempersoalkan penggunaan cek bertarikh kemudian (post-dated cheque) bernilai RM231...

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan susulan isu tunggakan RM314...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd