• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebah Terbesar Ditemui Semula Selepas Dianggap Musnah

oleh
24/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEBAH terbesar di dunia ditemui semula selepas pakar menganggap serangga tersebut telah musnah selama berpuluh-puluh tahun dulu.

Lebah raksasa dengan ukuran panjang ibu jari manusia dewasa ditemui di salah sebuah pulau di Indonesia yang jarang-jarang diterokai.

Setelah beberapa hari mencari, sepasukan ahli menemui seekor lebah betina yang masih hidup, sebelum gambarnya dirakam.

Dikenali sebagai lebah raksasa Wallace, serangga ini diberi nama oleh pencinta alam dan penjelajah Inggeris, Alfred Russel Wallace yang menyebut tentang kewujudannya pada tahun 1858.

Sejumlah saintis menemui beberapa spesimen lebah tersebut pada 1981, tetapi selepas itu ia tidak pernah ditemui lagi.

Pada Januari, pasukan yang mengikuti jejak Wallace ketika melakukan perjalanan di Indonesia berusaha untuk mencari dan merakam lebah itu.

“Sangat mengejutkan melihat serangga ‘bulldog terbang’ yang kami tak yakin masih wujud, nyata ada di depan kami di hutan tebal,” kata jurugambar sejarah alam, Clay Bolt, yang pertama kali mengambil foto dan video spesies tersebut dalam keadaan hidup.

“Betul-betul nampak betapa indah dan besarnya spesies ini dalam keadaan hidup dan mendengar bunyi sayap raksasanya terbang di atas kepala saya sangat menakjubkan,” katanya.

Penemuan di kepulauan wilayah Maluku Utara ini meningkatkan keyakinan bahawa hutan di kawasan tersebut masih menyimpan salah satu serangga yang paling pelik dan sering dicari di dunia.

Buat masa ini tidak terdapat undang-undang perlindungan berhubung perdagangannya.

Ahli pasukan dan ahli lebah, Eli Wyman, dari Princeton University, berharap penemuan semula ini akan membantu dalam penelitian seterusnya untuk lebih memahami sejarah kehidupan lebah dan memberikan maklumat tentang usaha lanjutan bagi melindunginya daripada musnah.

Global Wildlife Conservation (GWC), telah melancarkan pencarian sedunia bagi ‘spesies hilang’ yang menyokong penelitian ini.

“Dengan menjadikan lebah sebagai simbol konservasi dunia, kami yakin bahawa spesies ini mempunyai masa depan yang lebih cerah daripada jika kita hanya membiarkannya terus dilupakan,” kata Robin Moore.

Pada Januari, kumpulan tersebut mengumumkan penemuan seekor katak jantan ‘rare’ Bolivia. – CNN

Tags: Indonesialebah terbesar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd