• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Kuil Rayu Sertai Inkues Adib

oleh
04/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAWATANKUASA Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield hari ini memfailkan permohonan semakan keputusan Mahkamah Koroner yang tidak membenarkan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Peguam M.Visvanathan yang memfailkan permohonan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam berkata pihaknya mahu mengambil bahagian dalam prosiding inkues itu yang bermula 11 Februari ini.

“Keseluruhan kejadian yang menyebabkan kematian lelaki itu (Adib), timbul hasil daripada pasukan petugas berkenaan (kuil) yang tidak mahu berganjak dari tempatnya.

“Anda tidak boleh melakukan penyiasatan dalam kekosongan. Semua keadaan berhubung kematian itu perlu disiasat agar dapat menghasilkan satu keputusan,” katanya kepada pemberita selepas selesai memfailkan permohonan itu kira-kira pukul 9.00 pagi. Beliau berkata permohonan itu mungkin akan didengari pada Khamis ataupun Jumaat ini.

Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai koroner pada 31 Januari lepas menolak permohonan Visvanathan untuk jawatankuasa menyelamat kuil menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues itu atas alasan ia tidak mempunyai kepentingan yang nyata, substantif dan munasabah.

Rofiah sebelum ini menetapkan 11 Februari hingga 28 Februari; 1, 4 dan 5 Mac; 19 Mac hingga 29 Mac dan 1 April hingga 12 April sebagai tarikh prosiding inkues itu.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Disember. – BERNAMA

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd