Sample Page Title

TERNYATA aplikasi mencari jodoh tidak hanya terhad kepada manusia, tetapi turut digunakan oleh penternak di United Kingdom (UK) untuk mencari pasangan bagi lembu ternakan mereka.

Seperti Tinder, penternak di UK menggunakan aplikasi Tudder khusus untuk penternak mencari pasangan yang sesuai untuk lembu-lembu mereka.

Menurut laporan Washington Post, dengan menggunakan aplikasi itu, penternak dapat melihat imej ‘calon’ yang sesuai dengan haiwan ternakan mereka secara lebih terperinci dari segi usia, lokasi dan pemiliknya.

Pengasas aplikasi itu, Hectare, membangunkan aplikasi itu bagi memudahkan lembu ternakan mendapatkan pasangan lembu membiak.

Tudder merupakan sebuah aplikasi baharu bertujuan membantu penternak di UK untuk mencari pasangan bagi ternakan mereka untuk pembiakan.

Penternak yang sudah memilih seekor atau sekelompok lembu akan diarahkan untuk ke laman web tertentu sebelum dihubungkan dengan pemilik lembu untuk proses penawaran.

Dalam pada itu, seorang penternak dari Carmartheshire, Marcus Lampard, 76 tahun, memiliki seekor lembu jantan yang terdaftar di aplikasi tersebut.


“Lebih mudah untuk memasarkan lembu secara dalam talian. Pada usia saya, kami tidak cukup pandai untuk menggunakan teknologi masa kini.

“Tetapi saya diberitahu oleh cucu saya bahawa jika tidak menggunakan aplikasi itu, ia pasti sukar untuk mendapatkan pasangan bagi lembu ternakan kami,” katanya.

Selama ini, Lampard menjual lembu jantannya di mana-mana pasar terbuka dan ia sebenarnya membazirkan masa serta tenaga. – Agensi

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...