• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anugerah Persamaan Gender Jadi Bahan Jenaka

oleh
02/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Anugerah persamaan gender yang diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dianggap jenaka kerana semua pemenangnya adalah lelaki.

Timbalan Presiden UAE yang juga pemerintah Dubai, Sheik Mohammed bin Rashid al-Maktoum menyampaikan anugerah membabitkan pelbagai kategori, termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa menyokong persamaan gender serta inisiatif persamaan gender.

Menurut Al Jazeera, antara pemegang anugerah itu, termasuk Timbalan Perdana Menteri UAE, Sheikh Saif bin Zayed Al Nahyan yang juga menteri dalam negeri kerana usahanya memperkenalkan dasar cuti bersalin dalam tentera.

Selain itu, timbalan pemerintah Dubai yang juga menteri kewangan UAE, Sheikh Hamdan bin Rashid Al Maktoum juga menerima anugerah terbabit bersama Menteri Sumber Manusia, Nasser bin Thani al-Hamli.

Sheikh Mohammed memuji kepentingan wanita di Semenanjung Arab dengan berkata: “Keseimbangan gender menjadi tiang institusi kerajaan. Wanita juga ‘membentuk masa depan negara’.”

Menurut Guardian, majlis itu dilabel sebagai ‘mengarut’ dan ‘jenaka’ di media sosial.

Gambar majlis anugerah itu yang dikongsi di Twitter pada 27 Januari lalu, oleh Pejabat Media Dubai menjadi tular, dengan ratusan likes, tweet semula dan komen sindiran.

Antaranya: “Bagaimana cara menjadikan diri anda bahan ketawa di mata dunia.. syabas Dubai,” dan “Mohon maaf saya yang terpaksa beritahu anda, tapi anda terlupa menjemput WANITA.” – Agensi

Tags: dubaigenderWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd