• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WhatsApp Perkenal Fungsi Arahan Suara Taip Mesej

oleh
17/01/2019
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEKNOLOGI arahan suara (voice command) bukanlah satu perkara yang baharu, malah sebilangan dari kita juga sudah terbiasa dengan Siri atau Google Assistant.

Menerusi fungsi itu, kita boleh mengarahkan peranti melakukan sesuatu seperti membuat carian dan sebagainya hanya dengan menggunakan suara.

Terbaharu, aplikasi sembang WhatsApp menerusi kemas kini 2.19.22 untuk peranti Android turut memperkenalkan fungsi itu.

WhatsApp menambah butang mikrofon pada papan kekunci aplikasi itu membolehkan anda bersuara sahaja sebelum teks ditaip secara automatik.

Secara ringkasnya, anda kini tidak perlu menaip menggunakan jari, sebaliknya hanya perlu bercakap sebelum ia diterjemah dalam bentuk teks oleh aplikasi itu.

Anda juga seharusnya tidak keliru dengan satu lagi mikrofon yang selalu digunakan sebelum ini untuk menghantar pesanan suara (voice note).

Bagaimanapun, fungsi itu masih lagi terhad kerana ia tidak berupaya membaca dan memahami tanda baca selain simbol-simbol biasa seperti koma dan sebagainya.

Menerusi kemas kini 2.19.11 untuk pengguna iOS pula, ia memperkenalkan fungsi ‘Reply Privately’ yang mana hanya individu tertentu sahaja boleh membaca mesej yang dihantar dalam grup WhatsApp.

Namun, fungsi itu seolah-olah tidak masuk akal kerana ia lebih mudah untuk anda berbalas teks secara peribadi berbanding menggunakan fungsi itu di dalam grup. – India Today

Tags: whatsapp
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

21/11/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi mengeluarkan mesej peringatan larangan terbabit rasuah yang tular di WhatsApp berkaitan Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd