Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Murid, Guru Maut Dibakar...

RIO DE JANEIRO - Empat kanak-kanak dan guru maut selepas seorang pengawal keselamatan...

Hidup Selesa, Peneroka Felda...

JEMPOL - Peneroka tanah rancangan Felda perlu bersyukur kerana telah menikmati kehidupan yang...

Kajian Perlindungan Kandungan Media...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak kajian harus dijalankan oleh profesional industri media, pakar...

Pesawat Indonesia Bawa 146...

SEBUAH pesawat Boeing yang dikendalikan syarikat domestik Sriwijaya Air terbabas dari landasan di Lapangan...

UMNO Kutuk Peguam Negara Sorok Fakta Isu SPR

UMNO kutuk dan gesa sekeras-kerasnya supaya Peguam Negara ambil pertanggungjawaban penuh berhubung kegagalan besar beliau tangani kemelut penubuhan tribunal khas baru-baru ini.

Ia sepatutnya bagi siasat sama ada wujud salah laku oleh enam pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kendali Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 tahun lalu, tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Malahan kata beliau yang kini jalan tugas presiden parti, kegagalan Tommy Thomas menasihati Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Yang di-Pertuan Agong sebagai amat aib dan tidak boleh diterima akal sama sekali.

“Harus diingatkan, tugas Peguam Negara bukan sahaja memberi nasihat berkaitan undang-undang. Tetapi memastikan nasihat yang diberikan itu terus sesuai, tepat dan praktikal dengan konteks semasa.

“Jika berlaku sebarang perubahan fakta, menjadi tanggungjawab Peguam Negara untuk memaklumkan perkara tersebut kepada negara, kepada Seri Paduka Baginda dan kepada pihak yang berkaitan.

“Kegagalan Peguam Negara telah menyebabkan tribunal yang ditubuhkan itu sekadar bersifat akademik, sia-sia dan tidak beri apa-apa kesan produktif. Malah menyebabkan pembaziran masa dan sumber negara,” jelas Mohamad.

Tahun lalu, Tommy telah menasihati Mahathir, seterusnya Yang di-Pertuan Agong akan keperluan tubuhkan sebuah Tribunal khas bagi siasat wujud salah laku oleh enam pesuruhjaya SPR dalam mengendalikan PRU ke-14.

Jika didapati bersalah, mereka berenam boleh dilucutkan jawatan dan atas nasihat Peguam Negara, tribunal ini kemudian ditubuhkan oleh pihak Kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH).


“Malangnya, beliau terlepas pandang atau gagal memberikan nasihat perundangan yang terkini dan tepat kepada Perdana Menteri dan Seri Paduka Baginda selepas enam pesuruhjaya yang dinamakan itu meletak jawatan.

“Beliau tidak segera ambil pertanggungjawaban untuk memaklumkan perubahan konteks dan fakta bahawa mereka yang hendak disiasat itu telah letak jawatan sekali gus menyebabkan tribunal sudah tidak diperlukan,” bidasnya.

Tambah Mohamad, lebih penting lagi kegagalan Tommy menasihati Mahathir dan seterusnya Seri Paduka Baginda pastinya mencemarkan nama baik institusi Peguam Negara, Istana Negara dan Kerajaan secara keseluruhannya.

“Kerajaan bukan sahaja dilihat ambil tindakan sia-sia tetapi sangat tidak peka dengan fakta semasa apabila tetap terus prosiding Tribunal sekalipun enam pesuruhjaya SPR yang terlibat telah letak jawatan,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori