• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Petugas PH Rasuah Hamper Orang Asli

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Foto sekumpulan lelaki berpakaian baju T dengan logo Pakatan Harapan (PH) agih hamper kepada Orang Asli di Kampung Terisu di Camaron Highlands tular melalui media sosial.

Gambar berkenaan turut dikongsi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman sosial Facebook lewat malam tadi sekali gus bongkar PH langgar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, foto eksklusif tersebut berjaya dirakam petugas skuad Pergerakan Pemuda UMNO yang ditempatkan di seluruh perkampungan Orang Asli kerana jangka berlaku gejala rasuah sedemikian untuk PH sogok pengundi.

“Nampaknya malam terakhir jentera PH dirakam gambar sedang mengagihkan hamper kepada pengundi Orang Asli di sekitar Kampung Terisu saat-saat akhir menjelang hari pembuangan undi esok (hari ini),” tulis Asyraf Wajdi.

Malam tadi adalah waktu terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands yang berlangsung hari ini. Ironi, pada 7 Januari lalu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pro-PH ada beri amaran.

Badan itu yang memantau PRK tersebut kononnya memberi peringatan keras kepada semua calon dan parti politik yang akan bertanding untuk tidak buat kesalahan pilihan raya semasa kempen daripada 12 hingga 25 Januari lalu.

Sebagai tanda iltizam mereka untuk angkat integriti PRK dalam era Malaysia Baharu, mereka jemput semua calon secara terbuka tandatangani aku janji bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil semasa kempen mereka.

Ia antara lain memastikan calon PRK itu jalankan kempen dengan etika bersih dan adil, bebas rasuah seperti pemberian wang atau hadiah, bebas pengaruh tidak wajar seperi makan malam percuma atau konsert percuma.

Juga BERSIH 2.0 memasukkan gejala salah guna jentera dan sumber kerajaan, serta manipulasi sentimen perkauman dan keagamaan bagi cetus kebencian dan keganasan dalam kalangan rakyat. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Cameron HighlandsOrang AsliPRK
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd