• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Calon PH, DAP ‘Buta’ Fakta Orang Asli

oleh
24/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bidas tokoh DAP, Lim Kit Siang akan mengusulkan Orang Asli diberi taraf kerakyatan penuh jika Pakatan Harapan (PH) menang di Cameron Highlands.

Soal Naib Presiden UMNO itu, apakah selama ini Kit Siang anggap masyarakat itu hanya berstatus Penduduk Tetap (PR) sejak negara capai kemerdekaan sehingga mereka perlu diberikan status kewarganegaraan Malaysia pula.

Tegasnya, Orang Asli merupakan masyarakat Bumiputera yang cukup istimewa malah untuk sektor pendidikan mereka, kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri pernah sediakan biasiswa penuh kepada pelajar kaum tersebut.

Bukan itu sahaja, BN memberikan mereka sekolah percuma selain anak Orang Asli dibekalkan dengan pakaian seragam lengkap persekolahan percuma dan dapat duit poket daripada kerajaan serta lain-lain keistimewaan.

“Apakah secetek itu pemikiran seorang Ahli Parlimen yang paling lama berada dalam Dewan Rakyat ini? Untuk pengetahuan Kit Siang, Kabinet Kerajaan BN sebelum ini telah mewujudkan satu Majlis Penasihat Orang Asli.

“Ia untuk memantau pembangunan masyarakat Orang Asli yang dipengerusikan oleh Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Wilayah (KKLW) dengan jawatankuasa majlis itu terdiri daripada wakil Orang Asli sendiri.

“Ini termasuk Persatuan Orang Asli Semenanjung, Persatuan Keusahawan Orang Asli, wakil Profesional, wakil Belia Orang Asli dan lain-lain malah Majlis ini merupakan badan yang bertindak bagi pihak kerajaan BN ketika itu.

“Mereka mengkaji dan memikirkan keperluan pembangunan kepada seluruh masyarakat Orang Asli Malaysia. Ketika saya jadi Menteri di KKLW, dalam angkat martabat Orang Asli, saya sendiri telah lantik ramai Orang Asli.

“Bahkan pertama dalam sejarah apabila Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) diterajui oleh seorang berpangkat Ketua Pengarah dari kalangan Orang Asli iaitu Datuk Ajis Sitin yang berasal dari Cameron Highland.

“Beliau ketika itu berkhidmat di Kementerian Kerja Raya. Pengarah Negeri di Pahang dan Perak pun dari kalangan  Orang Asli dan Johor ketika itu dalam tindakan untuk sahkan jawatan Pengarah juga dari kalangan Orang Asli.”

Ujarnya, ketika itu pencapaian tertinggi Orang Asli ialah berjaya melahirkan empat orang pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dari masyarakat mereka hasil dari keistimewaan yang disediakan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Malah sasaran kerajaan pada ketika itu ialah untuk hantar 15 orang pelajar dari kalangan masyarakat Orang Asli ke universiti di luar negara setiap tahun dalam pelbagai kursus dan dapat biasiswa penuh tajaan MARA.

Dalam pada itu katanya, semasa beliau di KKLW juga, Kerajaan BN amat memberikan perhatian khususnya kepada masyarakat Orang Asli apabila dalam pelancaran Program Transformasi Luar Bandar bertemakan Membandarkan Luar Bandar yang melibatkan Orang Asli dalam lima asas utama seperti :-

1. Menyelesaikan Pengukuran Tanah Simpanan Orang Asli.
2. Membangunkan Prasarana kawasan Orang Asli.
3. Membangunkan Ekonomi Orang Asli
4. Memperkasakan Pendidikan Orang Asli
5. Melahirkan dan Membangunkan Usahawan dari kalangan Orang Asli.

“Kerajaan BN ketika itu sudah pun mempunyai pelan dan tindakan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli sedangkan Kit Siang baru mahu mencadangkan apabila berlaku Pilihanraya Kecil Cameron Highland.

“Pelbagai peruntukan pembangunan difikirkan dan diangkat oleh Majlis Penasihat Orang Asli untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sebelum ini dan hasilnya Kerajaan BN telah meluluskan satu peruntukan yang cukup besar untuk pembangunan masyarakat Orang Asli seperti Pusat Sehenti Gua Musang RM 148 juta.

“Meluluskan satu peruntukan untuk membina sebatang jalan kritikal dari Pos Betau ke Pos Lenjang berjumlah RM 15 juta. Satu cadangan yang telah dipertimbangkan oleh Kerajaan BN juga sebuah Pusat Sehenti Cameron Highland berjumlah RM 152 juta.

“Ini merupakan perancangan dan bukti keperihatinan Kerajaan BN sebelum ini tetapi malangnya Kerajaan PH telah membatalkan dua projek yang telah diluluskan dan tidak meneruskan cadangan pembinaan Pusat Sehenti di Cameron Highland.”

Oleh itu katanya, Orang Asli perlu tahu siapa yang membantu masyarakat Orang Asli dan siapa pula yang mencantas dan membatalkan projek untuk kemajuan Orang Asli kerana Kerajaan BN sememangnya menjaga kebajikan Masyarakat Orang Asli manakala Kerajaan PH membatalkan Projek Kemajuan Orang Asli.

“Saya juga difahamkan oleh sumber yang sahih bahawa Kerajaan PH juga telah membatalkan satu dana untuk prasarana perkampungan Orang Asli bagi tahun 2019.

“Kit Siang tidak pernah tahu akan perkembangan pembangunan Orang Asli sehingga tanpa sedar beliau mengakui bahawa beliau tidak tahu menahu walau status kedudukan Orang asli jadi saya nasihatkan Orang Asli agar tidak menyokong DAP yang tidak pernah memikirkan pembangunan Orang Asli malah Kerajaan Baru ini juga yang telah membatalkan projek-projek untuk kepentingan Orang Asli.

“Akhir sekali bukti bahawa Kerajaan PH tidak langsung mempedulikan pembangunan dan masa depan Orang Asli apabila JAKOA diletakkan di bawah Menteri Perpaduan sedangkan ketika era pemerintahan BN JAKOA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar.”

Tegas beliau lagi yang juga Ahli Parlimen Bera, lebih ironi lagi DAP menentang usaha BN untuk mengangkat wakil parlimen dari kalangan Orang Asli dan bakal menjadi Orang Asli Pertama dalam sejarah sebagai Ahli Parlimen yang akan membawa suara seluruh masyarakat Orang Asli didalam Dewan Rakyat apabila menang di Cameron Highland.Malangnya DAP bersungguh-sungguh mahu mengalahkan calon BN yang berasal dari masyarakat Orang Asli.

“Tolak DAP demi Orang Asli.”

Tags: Ismail Sabri YaakobOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd