• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Tutup Awal 25 Pusat Undi Bagi BN Kalah?

oleh
20/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMNO percaya wujud usaha dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kurang peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Ia dikesan apabila tempoh mengundi di 25 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang dimenangi Barisan Nasional (BN) berakhir awal jam 1 petang berbanding kebiasaan 5 petang.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tempoh mengundi di kawasan berkenaan memang terlalu singkat dan amat menyukarkan para pengundi luar bandar yang tinggal jauh dari PDM terbabit untuk hadir.

Menurutnya, hanya empat PDM iaitu di kerusi DUN Tanah Rata yang dimenangi DAP pada Pilihan Raya Umu (PRU) lalu iaitu di Bertam Valley, Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang ditamatkan normal pada pukul 5 petang.

“Manakala PDM lain tamat awal dengan ada PDM yang tempoh pengundiannya berakhir pada pukul 1 petang atau jam 2 petang seperti di PDM Kuala Medang,” kata Annuar dalam sidang akhbar di Cameron Highlands hari ini.

Justeru, beliau meminta pihak SPR perlu menambahkan tempoh mengundi yang cukup pendek di 25 PDM itu kerana ia jadi masalah besar untuk pengundi keluar dengan ada tinggal begitu jauh sehingga jarak 40 kilometer.

“Ada satu PDM yang jaraknya jauh sehingga 40 kilometer, bukan macam jalan biasa. Mereka perlu keluar dari kampung yang sangat terpencil. Ibaratnya Parlimen Cameron Highlands ini dari Melaka ke Negeri sembilan.

“Tetapi tempoh undi di PDM banyak yang terlalu pendek dan ada sesuatu yang tidak kena kerana Parlimen Cameron ini geografinya luas, hanya empat PDM sahaja yang tamat pada 5.30 petang dan itu pun di kawasan Tanah Rata.

“Tapi kenapa kawasan yang berjauhan dengan tempat tinggal mereka tamat pada tempoh yang singkat, contohnya di Lemoi tamat pada jam 1 tengahari. Ada beberapa jam sahaja mereka boleh keluar untuk mengundi,” katanya kesal.

Tambah Annuar, kerajaan Pakatan Harapan (PH) seharusnya menambah baik sistem pengundian tersebut dan tidak pula menjadikan BN sebagai mangsa dengan beri alasan konon untuk cuba kekal sistem yang sedia ada.

“Kita tak nak buat tuduhan. Kita tegur sebab nak kan sistem yang lebih baik. Sekarang kita pembangkang, kita tidak hendak jadi pembangkang macam dulu, pantang ada sahaja salah terus ambil kesempatan untuk dipolitikkan.

“Kita tegur kerana bertanggungjawab untuk memurnikan proses demokrasi. Kalau semua asyik balik buat sama dengan BN, buat apa tukar kerajaan?” soal Annuar dalam nada sindiran. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Annuar MusaCameron HighlandsPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd