• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

oleh
22/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM berkuat kuasa pada 11 Januari lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.

“Memang benar kontrak Shahrol sebagai penyampai Suria ditamatkan lebih awal kurang enam bulan selepas berkhidmat bersama Suria.

“Dia sebenarnya menandatangani kontrak selama setahun, tetapi pihak kami terpaksa menamatkan kontrak tersebut lebih awal atas faktor prestasi kerja yang kurang memuaskan,” kata DJ Lin.

Antara masalah disiplin yang didakwa dihadapi Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi adalah ingkar perintah dan melanggar garis panduan kerja yang ditetapkan seperti tidak hadir bertugas tanpa pemberitahuan, lewat memulakan tugas sebagai penyampai segmen pagi, kerap mengambil cuti sakit tanpa sijil MC serta tidak menghadiri acara anjuran Suria.

Dalam pada itu, DJ Lin menegaskan pihak Suria masih tiada perancangan untuk mencari pengganti Shahrol bagi mengisi kekosongan dalam Team Pagi Suria. Sebaliknya, slot pagi Suria akan terus bersiaran seperti biasa bersama penyampai Issey dan Fizi Ali.

Terdahulu, Shahrol bersama kumpulan Shiro yang turut dianggotai oleh Ajak telah dinobatkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2018 pada Jumaat lalu. – K! ONLINE

Tags: shahrol shiroSuria FM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

Maszlee Buat Kelakar, Itu Jalan Persekutuan Bukan Jalan Negeri – Shahrol Shiro

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik didakwa tersilap apabila membuat 'content' untuk mengkritik keadaan jalan di...

Poster Sumbangan Kerajaan Persekutuan:  “Kau Ingat Budak-Budak Johor Boleh Dicoki-Coki?”

Poster Sumbangan Kerajaan Persekutuan: “Kau Ingat Budak-Budak Johor Boleh Dicoki-Coki?”

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelawak dan personaliti media sosial, Shahrol Shiro mempersoalkan Pakatan Harapan (PH) yang masih belum membentangkan manifesto Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd