• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Racun Anjing: Polis Sedang Siasat Punca Kematian

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis Seremban sedang menyiasat punca kematian beberapa ekor anjing di sebuah taman perumahan dekat sini baru-baru ini selepas menerima laporan dari seorang lelaki yang mengesyaki ada individu yang tidak bertanggungjawab meracuni haiwan itu.

Ketua Polis daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki yang berumur 50 tahun pada pukul 10.45 malam Sabtu, yang menyatakan seekor anjing peliharaannya ditemui mati di lorong belakang perumahan di Taman Lavendar Heights dekat sini.

Beliau berkata dalam laporannya, pengadu memberitahu bahawa pada 28 Disember lepas, dia meninggalkan lima ekor anjing peliharaannya di rumah kawannya yang juga tinggal di kawasan taman perumahan yang sama, dan apabila kembali dua hari kemudian, pengadu mendapati seekor daripada anjingnya hilang.

“Keesokan harinya dia menemui anjingnya mati di lorong belakang rumah,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Ahad.

Menurutnya pengadu turut memberitahu banawa antara Selasa dan Jumaat lepas, dia juga ternampak dua ekor anjing mati berdekatan dengan rumahnya, dan mengesyaki ada individu yang tidak bertanggungjawab meracuni anjing-anjing itu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak viralkan kes ini kerana siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan seseekor haiwan,” kata Thiew. – BERNAMA

Tags: anjing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pengurusan Premis Mohon Maaf Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli

Pengurusan Premis Mohon Maaf Pelanggan Bawa Anjing Dalam Troli

05/08/2026
0

TELUK INTAN - Sebuah premis perniagaan di sini terpaksa ditutup sementara hari ini gara-gara perbuatan seorang pelanggan membawa seekor anjing...

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd