Monday, September 25, 2023

Creating liberating content

Lelaki Dilapor Hilang Di...

JOHOR BAHRU - Seorang daripada dua lelaki yang dilapor hilang ketika mandi di...

Laman Web Lucah Mahu...

NAMPAK gayanya industri video lucah akan 'diangkat' ke peringkat seterusnya apabila laman web...

Pelan Induk Pejalan Kaki...

KUALA LUMPUR - Satu garis panduan kemudahan pejalan kaki dan basikal yang selamat...

Harimau Terlepas Cetus Panik...

KEHAIRANAN dan terkejut... Mungkin itulah yang dirasai oleh pengguna lebuh raya di Doha, Qatar...

Pengesahan Cap Jari Lindungi Perbualan WhatsApp

APLIKASI WhatsApp yang dimiliki Facebook sedang menguji kemas kini ciri baharu untuk Android versi betanya bagi membolehkan pengguna lebih mudah menguruskan media di platform tersebut.

Menurut laporan WABetaInfo, aplikasi itu telah mendapat sokongan untuk satu shortcut baharu ‘show in chat’ yang membolehkan pengguna terus melihat media-media yang berada dalam chat dan satu ciri ‘rotate’ baharu yang membolehkan pengguna memutar imej tanpa meninggalkan WhatsApp.

Pilihan ‘show in chat’ juga membolehkan pengguna mengesan chat di mana imej itu pada asalnya dikongsi.

Pilihan ‘set as’ (tetapkan sebagai) akan membolehkan pengguna memilih jika mereka mahu menetapkannya sebagai satu ikon kumpulan, ‘wallpaper’ atau sebagai foto profil mereka.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, WhatsApp juga sedang berusaha untuk memperkenalkan ciri pengesahan cap jari untuk melindungi perbualan penggunanya daripada dilihat oleh orang lain.

Ciri pengesahan cap jari akan tersedia dalam aplikasi di bawah satu seksyen baharu.


Sebaik sahaja anda mengaktifkan ciri cap jari, akaun WhatsApp anda akan dilindungi sepenuhnya daripada orang lain untuk dilihat.

Ciri ini akan tersedia di masa hadapan untuk pengguna Android (dan kemudian untuk pengguna iOS) yang mempunyai Android Marshmallow dan sistem operasi yang lebih baharu dan sensor cap jari.

WhatsApp juga dikatakan berfungsi pada ciri lain yang akan membolehkan penggunanya menetapkan mod senyap untuk chat terus dari pusat notifikasi. – KhaleejTimes

Kategori