PANTAU… Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK) di Indonesia memberikan penilaian terhadap sejumlah bandar, tidak hanya terbersih malah yang terkotor juga dicatat.
Justeru, berdasarkan penilaian pihak kementerian tersebut, bandar mana yang termasuk dalam daftar senarai paling kotor itu menerusi penilaian khas dalam Program Adipura 2017-2018?
Detik.com yang memetik agensi berita rasmi Antara melaporkan, Ketua Pengarah Pengelolaan Sampah, Sisa dan Bahan Beracun Berbahaya, Rosa Vivien Ratnawati mencatat sejumlah bandar terkotor kerana dapat nilai rendah
Bagi kategori metropolitan, ibu wilayah Sumatera Utara, Medan diumumkan sebagai bandar raya paling kotor di negara terbesar rantau Asia Tenggar ini manakala Lampung dan Manado bagi kategori bandar besar.
KLHK turut senaraikan untuk kategori bandar sederhana, Sorong, Kupang dan Palu berada di kedudukan teratas yang terkotor manakala bandar kecil pula adalah Waikabubak, Waisai, Ruteng, Buol dan Bajawa.
“Bandar kotor ini mendapat penilaian paling rendah antara bandar-bandar Adipura yang kita nilai. Ada 300 bandar yang dinilai dan itu adalah keputusannya,” jelas Rosa. – Agensi/Mynewshub.TV

