• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee Tinjau Peluang Buka Cawangan Universiti Di Indonesia

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kementerian Pendidikan Malaysia meninjau peluang untuk membuka cawangan universiti awamnya di Indonesia, negara yang berpenduduk lebih 260 juta itu.

Menterinya, Maszlee Malik berkata, program lawatan kerja pertamanya ke Indonesia sejak menerajui kementerian itu, juga adalah bagi meningkatkan lagi kerjasama pendidikan sedia ada antara kedua-dua negara.

“(Dalam lawatan kerja ini) kita akan melihat ruang dan peluang-peluang yang boleh kita tawarkan kepada pendidikan Indonesia.

“(Antaranya) Ruang yang boleh kita terokai untuk membina atau menubuhkan cawangan-cawangan universiti kita di Indonesia,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, di sini hari ini.

Selain itu, Maszlee berkata, beberapa universiti di Indonesia juga menyatakan minat mereka untuk membuka cawangan mereka di Malaysia.

Mazlee dijadual bertemu dengan rakan sejawatnya, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy pada esok, untuk perbincangan lanjut berhubung misi lawatannya itu.

Pada lawatan kerja dua hari itu, Maszlee juga akan mengadakan lawatan ke Universitas Muhammadiyah Prof Dr Hamka dan Tzu Chi School, selain mengadakan perjumpaan bersama pelajar-pelajar Malaysia. – BERNAMA

Tags: IndonesiaMaszlee MalikUniversiti Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

DAP Syor Satu Sistem Peperiksaan Kemasukan Universiti Awam Adil, Sama Rata

DAP Syor Satu Sistem Peperiksaan Kemasukan Universiti Awam Adil, Sama Rata

24/07/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mencadangkan satu peperiksaan seragam diadakan untuk permohonan kemasukan ke Universiti Awam seperti diamalkan oleh banyak negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd