• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Paling Tua Di Dunia Mati Usia 113 Tahun

oleh
21/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Lelaki paling tua di dunia, Masazo Nonaka, yang dilahirkan selang dua tahun selepas adik-beradik Wright berjaya dalam eksperimen penerbangan, meninggal dunia pada Ahad (20 Januari) pada usia 113 tahun, lapor media Jepun.

Menurut Rekod Dunia Guinness, Nonaka dilahirkan pada Julai 1905, iaitu hanya beberapa bulan sebelum Albert Einstein menerbitkan teori khusus tentang relativiti.

Guinness secara rasmi mengiktiraf Nonaka sebagai lelaki paling tua di dunia selepas kematian seorang warga Sepanyol, Nunez Olivera pada tahun lalu.

“Kami terkejut dengan kehilangan figura penting ini. Dia kelihatan seperti dalam keadaan biasa pada hari sebelumnya, dan dia meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang kesulitan buat keluarga,” ujar cucu perempuannya Yuko, kepada Kyodo News.

Nonaka yang mempunyai tujuh adik-beradik lain, berkahwin pada tahun 1931 dan dikurniakan lima orang anak.

Semasa hayatnya, dia menjalankan perniagaan rumah tumpangan di lokasi air panas di bandarnya. Laporan media tempatan menyatakan, selepas bersara, Nonaka banyak menghabiskan masa menonton acara sumo di televisyen dan menikmati manisan.

Jepun merupakan salah satu daripada negara yang merekodkan jangka hayat tertinggi selain pernah mencatatkan beberapa individu yang tersenarai sebagai manusia tertua di dunia.

Itu termasuk Jiroemon Kimura, yang memegang rekod sebagai manusia paling lama memegang gelaran manusia tertua dunia. Kimura meninggal dunia sejurus menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-116 pada Jun 2013.

Manusia paling tua yang pernah direkodkan ialah Jeanne Louise Calment dari Perancis, yang meninggal dunia pada 1997 pada usia 122 tahun. – Agensi

Tags: jepunlelakiPALING TUA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd