• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Tentera Didakwa Cabul Anak Perempuan

oleh
23/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG anggota tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini atas pertuduhan mencabul anak perempuannya di sebuah rumah di Bandar Baru Putra, di sini, tahun lepas.

Lelaki berumur 30 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang semasa kejadian berumur 4 tahun 5 bulan, di sebuah rumah di Bandar Baru Putra, di sini pada Disember 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, boleh dikenakan sebatan dan perlu diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh minimum setahun dan maksimum tiga tahun.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Naidatul Athirah memohon agar mahkamah tidak mengenakan ikat jamin kerana takut mengganggu saksi-saksi pendakwaan kerana tertuduh merupakan bapa kandung yang tinggal serumah dengan mangsa dan ibu mangsa.

Koperal yang tidak diwakili peguam itu pula memohon kepada mahkamah agar dikenakan jaminan yang rendah selain menyatakan dia masih berkhidmat sebagai anggota tentera.

Julie Lack kemudiannya meminta agar tertuduh mendapatkan nasihat peguam kerana ini merupakan satu kesalahan serius.

“Jika bersalah kamu akan dipenjarakan sehingga 20 tahun. Jaminan juga tidak diberikan kerana mangsa merupakan anak kandung kamu sendiri.

“Melainkan kamu mempunyai alasan yang kukuh pada masa sebutan semula iaitu 25 Feb depan, saya akan mempertimbangkan semula jaminan perlu diberikan atau tidak,” katanya. – BERNAMA

Tags: anakkes cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd