Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Korea Utara Lancar Dua...

SEOUL: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat sebagai sebahagian latihan...

Sultan Perak Rasmi Fakulti...

TELUK INTAN – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Fakulti Perubatan, Universiti...

Tikam Kekasih Sambut Hari...

Wilkes-Barre - Seorang wanita Pennsylvania mengejar dan menikam dada kekasihnya hanya kerana lelaki...

LPT2 Tawar Rebat 50%...

KUALA LUMPUR - Lebuhaya Pantai Timur 2 (LPT2) Sdn. Bhd. menawarkan rebat tol...

Kes Jong-nam: Bicara Bela Diri 2 Warga Asing 11 Mac

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 24 hari mulai 11 Mac bagi dua tertuduh warga asing membela diri dalam kes pembunuhan Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara.

Hakim Datuk Azmi Ariffin menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya, selepas bertemu kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan semasa sebutan kes itu hari ini.

Ketika ditemui media, peguam Gooi Soon Seng yang mewakili tertuduh Siti Aisyah, 26, warga Indonesia berkata mahkamah juga menetapkan 29, 30 dan 31 Julai untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujahan bertulis masing-masing.

Sementara itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, berkata pihaknya akan memanggil lima atau enam orang saksi termasuk orang tempatan dan warga asing bagi memberi keterangan.

“Doan dijangka memberikan keterangannya dari kandang saksi selama seminggu bermula 11 Mac hadapan, manakala Siti Aisyah pula pada 27 Mei,” katanya.

Pada 16 Ogos 2018, mahkamah memerintahkan Siti Aisyah dan Doan membela diri atas pertuduhan membunuh Kim Chol.

Kedua-dua mereka didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9.00 pagi, 13 Februari 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, pembelaan mereka belum bermula kerana menunggu permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan rakaman percakapan saksi daripada pendakwaan.

Pada Khamis lepas, pihak pendakwaan diperintahkan supaya mengemukakan salinan rakaman percakapan saksi kepada peguambela yang mewakili tertuduh warga Indonesia.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang membenarkan rayuan oleh peguam yang mewakili Siti Aisyah untuk meminta pendakwaan mengemukakan salinan rakaman percakapan saksi kepada mereka.

Pihak pembelaan memfailkan permohonan berkenaan pada 7 November 2018. – BERNAMA

Kategori