• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim Lulus Sijil Halal Kepada 7,204 Syarikat

oleh
29/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meluluskan sijil halal Malaysia kepada 7,204 syarikat sehingga Januari tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata Jakim telah membuka peluang pensijilan antarabangsa untuk pengilangan kontrak dan kilang di luar negara untuk mendapatkan pensijilan halal Malaysia.

Beliau berkata Jakim juga mengiktiraf 75 Badan Persijilan Halal Luar Negeri serta Pihak Berkuasa Halal dari 43 negara.

“Industri halal telah menarik minat di seluruh dunia, bukan hanya negara Islam, malahan negara-negara lain yang mempunyai penduduk Islam.

“Pengguna tertarik terhadap produk halal kerana ia mengesahkan bahawa penyediaan makanan adalah selamat dan bersih untuk dimakan,” katanya kepada pemberita pada prapelancaran Sidang Kemuncak Halal Global (GHas) 2019 bertema Halal Menghubungkan Dunia, di Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Mujahid berkata GHas merupakan nama baharu acara tahunan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Minggu Halal Dunia, yang akan berlangsung dari 1 April hingga 6 tahun ini di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur dan Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

GHas juga akan diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan diketuai JAKIM.

Bagi GHas 2019, Mujahid berkata penganjur menyasarkan 3,000 peserta dari 130 negara.

Acara itu membabitkan enam program utama, dengan empat daripadanya dipelopori oleh Jakim, katanya

Acara ini termasuk program pembangunan kapasiti latihan halal antarabangsa, konvensyen badan pensijilan halal, perhimpunan agung halal antarabangsa dan Kongres Antarabangsa Halal Global.

Dua lagi acara ialah Persidangan Halal Dunia yang akan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia. – BERNAMA

Tags: HalalJakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd