• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cargolux Mendarat Cemas Di KLIA, Kokpit Terbakar

oleh
18/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENERBANGAN Cargolux Airlines CV703, dalam perjalanan ke Zhengzhou, China, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus berlepas semalam, setelah dilaporkan berlaku kebakaran kecil dan asap di kokpit.

Syarikat penerbangan kargo berpangkalan di Luxembourg dalam satu kenyataan berkata keadaan cemas diisytiharkan selepas kru melaporkan berlaku kebakaran itu.

“Kru pengendali membuat keputusan berpatah balik ke Kuala Lumpur dan pesawat mendarat dengan selamat,” kata Cargolux.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pengendali lapangan terbang KLIA, dalam Twitter dan Instagram rasminya berkata pesawat itu mendarat dengan selamat pada 8.14 malam dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

MAHB berkata, landasan berkenaan, Runway 1 (32R) kini ditutup bagi membolehkan pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang memeriksa pesawat.

“Kami menjangka beberapa penerbangan tertangguh berikutan penutupan landasan itu.

“Sila hubungi syarikat penerbangan anda mengenai jadual penerbangan terbaru,” katanya.

Ia berkata Cargolux memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu untuk mengetahui sebab berlaku insiden berkenaan. – BERNAMA

Tags: cargoluxKLIA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd