• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Buruk Sulawesi Selatan Korbankan 21 Nyawa

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Banjir buruk yang melanda Sulawesi Selatan sejak Selasa lepas, dilaporkan telah mengorbankan 21 nyawa setakat ini.

Menurut kenyataan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), kawasan yang terbabit banjir adalah Kota Makassar dan enam kabupaten iaitu Gowa, Takalar, Jeneponto, Maros, Pangkep, dan Barru.

“Setakat pagi ini lebih 5,000 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua BNPB Daerah Sumatera Selatan, Syamsibar, dipetik media tempatan Indonesia sebagai berkata setakat ini seramai 41 orang dilaporkan masih hilang.

Beliau berkata kawasan penempatan penduduk terbabit dinaiki air antara satu hingga hampir tiga meter, selain berlaku beberapa kejadian tanah runtuh, manakala kawasan keseluruhan banjir melibatkan kawasan melebihi 10,000 hektar.

“Badan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga esok di Sulawesi Selatan, penduduk diminta berjaga-jaga dan berpindah ke kawasan selamat jika diarahkan berbuat demikian,” katanya.

Setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa dalam kejadian banjir itu.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta turut memantau perkembangan berkenaan dan meminta rakyat Malaysia yang berada di Sulawesi Selatan agar mematuhi arahan pihak berkuasa,” kata jurucakap kedutaan. – BERNAMA

Tags: BanjirIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd