• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa ‘Tawan’ Sungai Jelai

oleh
23/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERBAKI dua hari kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, menarik perhatian netizen dengan kekayaan khazanah alam di Sungai Jelai.

Melalui akaun Twitter, beliau berkongsi beberapa keping gambar menampilkan suasana santai berlatarkan keindahan panorama sungai terbabit.

Tidak ketinggalan, paparan hasil tangkapan dari Sungai Jelai yang kelihatan segar-bugar untuk dibuat lauk bersama penduduk setempat.

“Mencuba nasib mencari ikan buat lauk bersama penduduk Kg Bukit Betong..Tawan Sg Jelai hari ini,” katanya ringkas dalam catatan berkenaan.

Dalam pada itu, Annuar menerusi catatan terdahulu mendakwa, beliau percaya dan yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tidak akan bersedih apabila calon DAP dalam PRK itu kalah.

“Ya…saya percaya dan saya yakin TUN M tidak akan bersedih bila calun DAP di PRK CAMERON HIGHLAND kalah dalam Pilihanraya sabtu ini.

“Malah, Tun sudah bayangkan kebanggaannya terhadap Ramli Md Nor yang jadi calun BN, semasa dialog Tun di luar negara minggu lalu,” katanya.

Isnin lalu, media melaporkan Ramli menyatakan rasa terima kasih kepada Dr. Mahathir kerana mengiktiraf peranan kerajaan terdahulu dalam membangunkan masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Ramli dipetik berkata, perkara itu dinyatakan sendiri perdana menteri pada sesi dialog di Oxford Union, London, baru-baru ini.

Katanya, Dr. Mahathir menyatakan Orang Asli di Malaysia diberi peluang dalam arus pembangunan negara sehinggakan ada dalam kalangan Orang Asli dilantik menjadi Senator di Dewan Negara.

Malah, katanya, turut disebut ada Orang Asli yang menjadi seorang Penolong Penguasa Polis (ACP), yang beliau percaya merujuk kepada pencapaiannya. – BH Online

Tags: Annuar MusaPRK Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd