• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Baharu Tangani Isu Perpaduan, Sensitiviti Kaum & Agama

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Isu-isu yang melibatkan perpaduan, sensitiviti kaum dan agama yang kini di bawah Akta Hasutan akan ditangani melalui akta-akta baharu yang akan digubal kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, isu berkenaan antara yang dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet hari ini yang antara lain bertujuan untuk memastikan undang-undang baharu itu nanti tidak mudah disalah gunakan oleh mana-mana pihak.

“Semua isu tersebut dulu diletakkan di bawah Akta Hasutan dan akta tersebut kita mahu gantikan dengan akta yang tidak mudah disalah guna,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Skim Bantuan Khas Kanak-Kanak Orang Kurang Upaya (OKU) Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Mujahid berkata, jemaah menteri turut membincangkan mengenai komitmen kerajaan untuk membanteras korupsi melalui perancangan jangka panjang.

“Ianya akan dilaksana melalui kementerian-kementerian dalam hal yang melibatkan tadbir urus korporat, pentadbiran dan perolehan serta parti-parti politik seperti tadbir urus politik yang akan menjadi asas kepada pelan anti rasuah negara yang akan diumum Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: AgamaAktaKaumMujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Kerja Hak Asasi Manusia BERSAMA Kecam Penahanan Amir Hadi, Dobby Chew Bawah Akta AMLA

Kumpulan Kerja Hak Asasi Manusia BERSAMA Kecam Penahanan Amir Hadi, Dobby Chew Bawah Akta AMLA

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kumpulan Kerja Hak Asasi Manusia BERSAMA mengecam penahanan Pengarah Eksekutif Mandiri, Amir Hadi dan Pengarah Kewangannya, Dobby...

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd