• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Ke-16: Raja-Raja Melayu Hadiri Mesyuarat Khas

oleh
31/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan dan Raja-Raja Melayu berangkat ke Istana Negara hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Mesyuarat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada jam 10.55 pagi itu dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan yang diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.

Raja-Raja yang berangkat ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Kedah, Sultan Salehuddin Almarhum Sultan Badlishah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Turut hadir kesemua Yang Dipertua Negeri iaitu Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob (Melaka), Tun Abdul Rahman Abbas (Pulau Pinang), Tun Abdul Taib Mahmud (Sarawak) dan Tun Juhar Mahiruddin dari Sabah.

Pada mesyuarat itu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sebaik melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan itu, Sultan Abdullah yang menggantikan Sultan Muhammad V secara rasminya menduduki takhta selama lima tahun bermula hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. – BERNAMA

Tags: Raja-Raja MelayuYang di-Pertuan Agong ke-16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Amat Dukacita, Hadi Hina Raja-Raja Melayu

Sultan Selangor Amat Dukacita, Hadi Hina Raja-Raja Melayu

29/02/2024
0

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa amat dukacita baginda dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang...

Raja-Raja Melayu Arah Hentikan Hasutan Perkauman, Agama

Raja-Raja Melayu Arah Hentikan Hasutan Perkauman, Agama

30/11/2022
0

Majlis Raja-Raja Melayu menggesa kerajaan baru untuk menyemai "semangat kebersamaan" dalam kalangan rakyat Malaysia. Ikuti Mynewshub: Telegram Yang di-Pertuan Besar Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd