• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vietnam Arah Grab Bayar Pampasan Kepada Teksi

oleh
29/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUKUM… Mahkamah di Vietnam semalam mengarahkan syarikat khidmat kereta sewa, Grab, bayar pampasan 4.8 bilion dong (RM860,300) kepada sebuah syarikat pengendali teksi tempatan.

Ia sekali gus menamatkan kes pertikaian antara kedua-dua syarikat pengangkutan awam tersebut, menurut seorang jurucakap Grab dan laporan-laporan media tempatan hari ini dipetik agensi berita antarabangsa Reuters.

Dalam satu kes yang jarang berlaku, sebuah syarikat teksi domestik terkenal, Vietnam Sun Corp, atau lebih dikenali sebagai Vinasun, menuntut saman terhadap pesaingnya itu, Grab kerana dakwa hilang keuntungan.

Bagaimanapun ia hanya dapat menerima sekitar 11 peratus daripada 41.2 bilon dong (RM7.2 juta) jumlah pampasan dituntut berhubung apa yang disifatkan syarikat itu sebagai amalan perniagaan Grab yang tidak adil.

Seorang jurucakap Grab mengesahkan kepada Reuters bahawa pihaknya sudah diarahkan oleh mahkamah supaya segera membayar ganti rugi itu, namun enggan memberikan sebarang maklumat lanjut.

Vinasun pula tidak menjawab permintaan untuk mengulas. Menurut laporan akhbar Tuoi Tre, pihak mahkamah tersebut memutuskan bahawa Grab memang melanggar undang-undang Vietnam.

Ini kerana ia beroperasi sebagai sebuah syarikat teksi, dan bukan hanya sebagai sebuah syarikat teknologi. Hakim dalam kes itu juga berkata terdapat kaitan antara operasi Grab dengan kehilangan hasil pendapatan Vinasun.

Bagaimanapun, Grab bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan kehilangan keuntungan itu. Dalam satu kenyataan pada awal minggu ini, Grab menyatakan Vinasun perlu ‘merubah’ perniagaannya.

Syarikat teksi itu tidak sepatutnya “mengurangkan daya saing pasaran dan mengambil tindakan guaman hanya bagi menghalang kemasukan syarikat-syarikat inovatif.” – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: GrabTeksiVietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang diketahui umum sebagai mahir dalam masakan menunjukkan...

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

12/01/2026
0

PETALING JAYA – Insiden tikam lidah antara seorang pemandu e-hailing dengan penumpangnya viral dan mencetuskan perdebatan dalam masyarakat. Pemandu berkenaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd