• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

United Pecat Mourinho

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Manchester United memecat pengendalinya, Jose Mourinho berikutan persembahan longlai yang ditampilkan kelab itu musim ini, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.

United mengharungi permulaan terburuk dalam saingan liga selepas 28 tahun dan tumbang 1-3 kepada seteru tradisi, Liverpoool, awal pagi Ahad lalu yang menjadi perlawanan terakhir Mourinho di kelab berkenaan.

“Manchester United mengumumkan pengurus Jose Mourinho meninggalkan kelab dengan serta merta,” kata United dalam kenyataan berkenaan.

Kelab mahu mengucapkan terima kasih kepada Jose atas kerja yang dilakukannya ketika bersama Manchester United dan mengucapkan selamat berjaya untuknya pada masa depan.

“Seorang pengurus sementara akan dilantik sehingga penghujung musim ini, dengan kelab akan menjalankan proses pencarian untuk pengurus sepenuh masa yang baharu.”

United ketika ini menghuni tangga keenam liga selepas mengutip 26 mata daripada 17 perlawanan, ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu Liverpool.

Mourinho menjulang trofi Liga Europa dan Piala Liga pada kempen 2016/17 sebelum mengemudi pasukan itu ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris musim lalu dan mara ke final Piala FA. – REUTERS

Tags: Jose MaurinhoPecat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

30/04/2026
0

DALAM politik kadang-kadang yang paling kuat bersuara bukan semestinya yang paling tepat hujahnya. Isu melibatkan sayap pemuda DAPSY mendesak Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd