• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pihak Terjejas Tabung Haji Diletak Bawah Bank Negara

oleh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Tiada pihak yang akan terjejas dengan keputusan kerajaan meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi menambah baik pengurusan kewangan dan pelaburan organisasi berkenaan dan melibatkan pengurusan jemaah haji yang dikendalikan TH.

“Bila kita sebut Tabung Haji (TH) diletakkan di bawah Bank Negara Malaysia ( BNM) ramai yang bimbang kerana kononnya ia akan dikawal oleh menteri bukan Islam (Menteri Kewangan Lim Guan Eng).

“Saya minta cukuplah mainkan isu itu kerana menteri berkenaan ada seribu satu kerja lain, Amiruddin tak dak ka kat situ, awat Amiruddin nak tengok saja kah,” katanya kepada pemberita pada Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Baling di sini, hari ini.​​​​​​​

Amiruddin berkata demikian bagi mengulas dakwaan setengah pihak yang bimbang dengan keputusan kerajaan meletakkan TH di bawah Bank Negara yang dikawal selia Kementerian Kewangan yang diterajui Lim.

Amiruddin menjelaskan, tindakan tersebut juga bagi memastikan urusan tadbir urus TH berjalan dengan telus yang seterusnya akan memanfaatkan semua 9.2 juta pendeposit.

“Kita lakukan perkara itu bagi memastikan keuntungan TH dapat digunakan untuk memberi subsidi haji kepada jemaah di mana kos bagi mengerjakan haji kini makin meningkat dan sebahagian keuntungan diberikan sebagai hibah,” katanya.

Sementara itu, Amiruddin berkata kerajaan akan melaksanakan penetapan harga lantai getah iaitu pada paras RM2.50 sekilogram mulai Januari depan bagi mengurangkan kesan kejatuhan harga komoditi itu kepada pekebun kecil.

“Kita harapkan penoreh dapat menoreh dan membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sebanyak RM50 juta yang diperuntukkan kerajaan menerusi Bajet 2019 di mana setakat ini hanya 30 peratus penoreh membuat tuntutan IPG dan selebihnya tidak berbuat demikian kerana harga getah yang rendah dan ramai tidak berminat menoreh,” katanya.

Pada program itu seramai 300 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang, Kuala Ketil dan Bayu menerima sumbangan berupa dua set pakaian dan kasut sekolah. – BERNAMA

Tags: Tabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd