Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Gambar Sharifah Sakinah Dedah...

KUALA LUMPUR - Pelakon Isteriku Dari Neraka, Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri tumpuan...

Terence Dakwa Dihidang Minuman...

IPOH : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mendakwa dihidangkan...

Dewan Negara Lulus RUU...

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok...

Nelayan Diminta Daftar Dengan...

TUMPAT : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggesa semua nelayan di negara ini...

TH Perlu Distruktur Semula Untuk Kembali Kepada Objektif Asal

KUALA LUMPUR – Penstrukturan kewangan dan pengurusan lembaga Tabung Haji (TH) mestilah kembali kepada objektif asalnya supaya tidak digugat oleh sebarang angkara dan kecurangan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini berkata TH bahkan perlu diperkasa lagi untuk berperanan menyempurnakan urusan haji umat Islam di Malaysia sama ada daripada profesionalism pengurusannya mahupun janaan subsidi hasil pelaburannya.

“Reputasi TH sebagai badan yang menyimpan deposit terbesar umat Islam negara ini untuk menunaikan Rukun Islam kelima mesti diamankan daripada sebarang unsur politik.

“Kepercayaan pendeposit dan umat Islam keseluruhannya mesti sama sekali tidak diracuni oleh sebarang kecurigaan atau momokan yang boleh menjejaskan institusi penting itu sendiri,” katanya.

Muhammad Khalil turut berkata pelanggaran Akta Tabung Haji 1995 yang didakwa Menteri terbabit perlu segera dibawa ke muka pengadilan dan segala keterangan mesti dibawa kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan.


Dalam pada itu, beliau berkata Pemuda PAS juga mengambil berat kaedah penstrukturan dengan mewujudkan ‘Special Purpose Vehicle’ (SPV) bagi mengambil alih ‘underperforming asset’ yang susut nilai ketara akibat ketidaktentuan pasaran kewangan pasca Pilihanraya Umum 14 (PRU-14) dan ‘trade war’ China-Amerika Syarikat.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata Kabinet bersetuju supaya pengurusan baharu TH mewujudkan SPV untuk memulihkan kedudukan kewangan agensi itu. – BERNAMA

Kategori