• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanggapan Bersatu Akan Jadi UMNO 2.0 Satu Penghinaan

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa Bersatu akan bertukar wajah menjadi ‘UMNO versi 2.0’ dengan ramai bekas pemimpin dan anggota UMNO dilaporkan ingin menyertainya.

Beliau menegaskan pandangan seumpama itu merupakan satu penghinaan kepada perjuangan Bersatu yang ditubuhkan pada 8 Sept 2016.

Mohd Radzi menarik perhatian bahawa Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin disertai pemimpin dan anggota lain berjuang atas dasar semangat untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada waktu itu.

Apa yang ditentang, katanya, ialah keburukkan kerajaan terdahulu antaranya dari sudut penyelewengan, rasuah dan tadbir urus yang amat lemah.

“Jadi apabila orang kata Bersatu ini akan diambil (alih) oleh UMNO, akan dijadikan UMNO 2.0, itu satu ‘insult’ (penghinaan) kepada perjuangan parti,” kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pendedahan demi pendedahan oleh kerajaan Pakatan Harapan berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan institusi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta entiti melibatkan orang Melayu termasuk Lembaga Tabung Haji dan Felda, dilihat menyedarkan anggota dan pemimpin UMNO untuk meninggalkan parti itu.

“Ramai yang cukup marah, seolah-olah mereka diperbodohkan,” katanya, sambil menambah ramai yang dilihat ingin bersama Bersatu yang memperjuangkan kebenaran.

Bagaimanapun, Mohd Radzi menegaskan semua permohonan untuk menyertai Bersatu akan ditapis dengan teliti demi menjaga imej dan integriti parti. – BERNAMA

Tags: BERSATUUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd