• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rungkai Misteri Kes Baling Guli Di Kuantan

oleh Cj Mnh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Misteri kes cermin kereta pecah di sekitar bandar ini akibat dilastik dengan guli oleh individu tidak dikenali akhirnya terjawab apabila polis menahan seorang lelaki berusia 56 tahun yang dipercayai terlibat dengan kejadian itu pada petang Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata suspek berjaya ditahan di kediamannya di taman perumahan Bukit Setongkol sejurus selepas mangsa terbaharu membuat laporan polis beserta maklumat nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek.

“Semakan mendapati kenderaan serbaguna SUV berwarna putih milik suspek sepadan dengan laporan yang dibuat oleh salah seorang mangsa.

“Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui empat bungkusan plastik berisi guli yang belum dibuka dan juga lastik yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian di sekitar Jalan Wong Ah Jang, Jalan Kampung Tengah, Jalan Kampung Jawa, dan Jalan Haji Junid di sini,” katanya kepada pemberita selepas Program Hari Bertemu Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di Kuantan Prade, di sini hari ini.

Mohamad Noor berkata hasil soal siasat yang dilakukan, suspek mengakui melakukan perbuatan itu kerana merasakan dirinya diekori orang, menyebabkan dia bertindak melastik guli ke arah kenderaan yang disyaki.

“Siasatan awal polis juga mendapati suspek ada melakukan pinjaman wang haram tetapi menolak andaian suspek mempunyai masalah kesihatan mental,” katanya.​​​​​​​

​​​​​​​Suspek ditahan reman selama lima hari sehingga 23 Dis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.​​​​​​​​​​​​​​

Sejak Jun lalu, sebanyak 12 kes kenderaan rosak dilaporkan berlaku akibat dilastik dengan guli oleh individu tidak dikenali dengan lazimnya kejadian berlaku dalam lingkungan 7 malam sehingga 12 malam di sekitar daerah ini. – BERNAMA

Tags: guliMisteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wabak Misteri Di Lautan Atlantik: 3 Maut Atas Kapal Persiaran MV Hondius

Wabak Misteri Di Lautan Atlantik: 3 Maut Atas Kapal Persiaran MV Hondius

04/05/2026
0

PRAIA – Insiden mengejutkan berlaku di tengah Lautan Atlantik apabila tiga individu dilaporkan maut dalam satu wabak penyakit misteri yang...

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

Bot Misteri Ditinggalkan Bersama Dadah RM1.9 Juta

19/08/2025
0

KOTA KINABALU: Misteri penemuan sebuah bot pemancing yang ditemui hanyut di Stesen PAPA, kira-kira 273 kilometer dari ibu negeri ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd