Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Juruelektrik Tak Mengaku Rogol...

Muar : "Tuan, boleh minta tolong? RM8,000 (wang ikat jamin) boleh kurangkan lagi...

Banjir Langkawi: Air Masih...

LANGKAWI - Keadaan banjir di pulau ini masih belum menunjukkan akan surut apabila...

Najib Terima Kunjungan Imam...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima...

Polis Tahan Beberapa Individu,...

KUALA LUMPUR - Dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks yang dikaitkan...

Polis Johor Letak Pegawai Perhubungan Di Rumah Ibadat

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan meletakkan pegawai perhubungan di rumah-rumah ibadat termasuk kuil, gereja dan tokong di negeri ini bagi membendung sebarang insiden mahupun kegiatan jenayah.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, setakat ini terdapat 668 buah masjid yang telah diletakkan masing-masing seorang pegawai ataupun anggota yang berperanan sebagai pegawai perhubungan masjid (PPM).

Manakala, pegawai perhubungan sekolah (PPS) pula diletakkan di sebanyak 1,322 buah sekolah seluruh Johor yang terdiri daripada sekolah menengah, rendah dan sekolah antarabangsa.

“Masjid kita sudah pantau dan di peringkat Bukit Aman juga telah berbincang dan sedang menuju ke arah ini untuk meletakkan pegawai perhubungan (di kuil, tokong, gereja) dan dalam perbincangan.

“Di Johor,saya telah melihat akan perkara ini, (lantik pegawai perhubungan di rumah ibadat selain masjid) dan kita telah ada pegawai-pegawai namun tiada lagi pelantikan khusus dilakukan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar PPS dan PPM di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor, sebentar tadi.

Mohd Khalil berkata beliau turut menggalakkan agar PPS dan PPM yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan hubungan antara pihak sekolah dan masjid kekal dengan baik.


“Yang penting pelanggan kita di masjid dan juga sekolah yang mempunyai jumlah pelajar yang ramai dapat merasai kehadiran polis dan dapat salur maklumat dan bekerjasama kepada kita.

“Mereka (PPS dan PPM) juga digalakkan mengadakan program-program yang menarik, sebagai contoh, mungkin pelajar akan bosan untuk dengar ceramah jadi harus ada kreativiti disitu untuk menarik minat pelajar mendengar,” katanya.

Terdahulu, seminar berkenaan yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Jabatan Agama Islam Johor itu diadakan untuk membincangkan isu-isu dan permasalahan yang dihadapi PPS dan PPM selain menerima maklum balas mereka sepanjang bertugas.

“Mereka punya tugas hakiki lain tetapi dipilih untuk melaksanakan tugas yang lebih dengan menjadi PPS dan PPM, saya tahu mereka mampu dan ikhlas laksana tanggungjawab ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori