• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkeso Bayar Lebih RM2.7 Bilion Faedah Kepada Pencarum

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengeluarkan bayaran faedah lebih RM2.7 bilion kepada pencarumnya bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata jumlah pembayaran itu mencatatkan peningkatan berbanding RM2.4 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

“Pada tahun ini, seramai 556,984 orang menerima faedah dan kita jangkakan jumlah itu akan terus meningkat menjelang hujung tahun ini.

“Kita sentiasa mengambil tindakan proaktif menerusi Skuad Perkeso Prihatin bagi membantu pencarum yang terlibat dalam sesuatu kemalangan,” katanya kepada pemberita pada majlis Sambutan Krismas 2018 anjuran Perkeso di Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia Lim Eng Hock dan Pengarah Perkeso Melaka Fadhilah Hamil.

Pada majlis itu, Lim turut menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik terdiri daripada 10 penerima faedah dan 40 anak yatim seluruh negeri melibatkan peruntukan berjumlah lebih RM100,000 selain peralatan pemulihan termasuk lampin pakai buang, kerusi roda dan kaki palsu.

Seorang penerima Connie Anak Mambu, 40, dari Taman Melaka Baru, Batu Berendam berkata bantuan yang diterima itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya yang kehilangan suami akibat serangan jantung ketika sedang bekerja kira-kira empat tahun lepas.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap nasib golongan yang kurang berkemampuan seperti kami.

“Sumbangan ini amat bermakna buat kami sekeluarga dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kami dalam melakukan persiapan menyambut perayaan,” kata ibu kepada empat orang anak itu. – BERNAMA

Tags: faedahPerkeso
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd