Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

JPN Bantu Kesan Maklumat...

JOHOR BAHRU - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjaya mengesan maklumat pengenalan diri dua...

56 Terbunuh, 22 Hilang...

BEIJING - Sekurang-kurangnya 56 orang dilaporkan terbunuh, manakala 22 yang lain masih hilang...

Iran Tindak Balas Serangan...

IRAN telah bertindak balas kepada serangan terhadap Pengawal Revolusi di Ahvaz minggu lalu,...

Pentadbiran Najib Beri Peluang...

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Nasional hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan...

Pekerja Kilang Warga Indonesia Didakwa Bunuh Seorang Wanita

BUTTERWORTH – Seorang lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita di sebuah kilang, dekat sini dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadap Jonathan Sihotangb, 31, yang diwakili peguam Ooi Pen Lin dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

Dia didakwa membunuh Sia Seok Nee, 44, di kilang pemborong makanan sejuk beku di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini pada pukul 4 petang, 19 Dis lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, Jonathan yang bekerja di kilang itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas dua remaja lelaki, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah pada kedua-dua remaja terbabit yang masing-masing berusia 14 dan 17 tahun dengan menggunakan sebilah parang, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Jonathan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesemua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman manakala tertuduh tidak diwakili peguam bagi dua pertuduhan mencederakan dua remaja lelaki terbabit.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kesemua pertuduhan.


Dalam kejadian itu, mangsa Sia Seok Nee, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas manakala dua lagi mangsa berusia 14 dan 17 tahun mengalami kecederaan parah dan dalam keadaan kritikal selepas diserang seorang lelaki yang bersenjatakan parang.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor, berdasarkan maklumat awal, suspek yang juga pekerja di kilang itu telah datang dan menyerang serta menetak tiga mangsa berkenaan dan kejadian tersebut bermula di bilik sejuk beku premis tersebut.

Suspek yang telah setahun lebih bekerja di kilang itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal Yamaha berwarna biru dengan nombor pendaftaran PBM 1524.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan selepas polis menyerbu sebuah kondominium di Petaling Jaya, Selangor kira-kira 3.30 pagi, 21 Dis lalu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

Kategori