Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

BAM Tetap Puas Hati...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpuas hati dengan kutipan hanya satu...

7 Termasuk 2 Anggota...

KUALA KANGSAR - Tujuh termasuk dua anggota polis cedera selepas bas ekspres dinaiki...

Kerajaan Negeri Melaka Bantu...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka bersedia membantu penternak dan pengusaha ikan laga spesies...

Kes Parkir Punya Hal,...

GEORGETOWN - Seorang peniaga cedera parah akibat dipukul lebih 10 individu selepas berlaku...

Mo Salah Belum Layak Diangkat Sebagai Ikon

BEKAS pemain bola sepak, Robbie Fowler menyifatkan Mo Salah belum lagi layak untuk diangkat sebagai ikon.

Namun katanya, jika salah kekal di Liverpool buat jangka masa panjang, tidak mustahil untuk dia menjadi legenda.

Jelasnya lagi, seperti mana-mana pemain dalam sukan bola sepak, mereka perlu bermain dalam tempoh yang lama sebelum menerima apa-apa gelaran seperti ikon dan sebagainya.

Namun setakat ini, Salah menunjukkan prestasi yang bagus dan dia berpotensi untuk menjadi ikon, suatu hari nanti.

“Saya tak malu untuk kata yang saya percaya jika Salah kekal lama di kelab itu, dengan kualiti yang ditunjukkan, tak mustahil dia boleh jadi legenda.

“Saya sudah bermain dengan mereka yang terbaik di Liverpool seperti (Ian) Rush, (John) Barnes, (Steven) Gerrard dan (Steve) McManaman, jadi saya tahu apa yang diperlukan.

“Salah ada kualiti tersebut, tanpa ragu-ragu lagi. Dia adalahpemain sebenar,” katanya.


Salah sudahpun menjaringkan 57 gol sepanjang 76 penampilan bersama LIiverpool manakala Fowler mencatat rekod 183 jaringan sebelum ini.

Selain Salah, Folwer turut memberikan pendapatnya mengenai Luis Suarez.

“Orang bercakap pasal Suarez. memang betul dia antara pemain terbaik di kelab itu.

“Tapi adakah dia yang terbaikdi kelab itu? Tidak, sebab dia baru sahaja bermain beberapa musim.

“Cara dia tinggalkan kelab, nampak seperti dirancang, bukan sekali tapi dua kali. Saya tak rasa dia layak,” katanya.- Goal.com/mStar Online

Kategori