KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menzahirkan penghargaan terhadap bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah susulan perkembangan terkini melibatkan pemain itu bersama kelab gergasi England, Liverpool FC.
Menerusi hantaran ringkas di media sosial, Rayer menulis: “You’ll Never Walk Alone! Thank you Salah! (Anda Tidak Akan Berjalan Sendirian! Terima kasih, Salah)
Ungkapan tersebut merujuk kepada lagu ikonik penyokong Liverpool, “You’ll Never Walk Alone” yang sering dikaitkan dengan semangat kesetiaan dan kebersamaan kelab itu.
Semalam, media antarabangsa melaporkan Mohamed Salah yang merupakan antara pemain berpengaruh dalam Liverpool FC bakal meninggalkan kelab tersebut. – MYNEWSHUB


