• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Tiada Hak Bubar BN

oleh Cj Mnh
03/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA tidak berhak membubarkan Barisan Nasional (BN) kerana keputusan itu sepatutnya dilakukan secara kolektif dan sebulat suara dalam kalangan semua parti komponen.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata walaupun perkara itu cenderung sebagai sekadar rancangan ketika ini, MCA tidak mempunyai hak berbuat demikian dan perlu duduk semeja berbincang sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.

“Sebagai satu daripada lima parti teras, MCA seharusnya berbincang dulu mengenai cadangan pembubaran BN, bukannya bertindak sendiri.

“Mereka tidak mempunyai hak melakukan sedemikian kerana keputusan perlu dibuat secara konsensus.

“MCA ada datang berjumpa saya berhubung cadangan ini (pembubaran BN), namun kita belum berbincang dengan parti komponen BN yang lain,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid turut menasihatkan MCA jika parti itu mahu kekal dalam landskap politik negara selepas ini.

Menegaskan UMNO menghormati cadangan dan pendirian MCA, beliau berkata, pada masa sama MCA perlu menyedari kedudukan semasa mereka.

“MCA cuma ada seorang wakil di Dewan Rakyat dan itu pun kerusi yang majoritinya Melayu, maka saya pasti mereka tahu mengenai kedudukan itu sebenarnya,” katanya.

Semalam, Perhimpunan Agung MCA Ke-65 sebulat suara memberi kuasa kepada Jawatan Kuasa Pusat (CC) parti itu bagi memulakan proses pembubaran BN dan membentuk perikatan baharu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dilaporkan berkata keputusan dicapai sebulat suara dalam kalangan 1,636 perwakilan yang menghadiri perhimpunan berkenaan. – BH Online

Tags: bubarMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

95 Peratus Pimpinan Bersatu Port Dickson Isytihar Keluar Parti, Papan Tanda Bersatu Diturunkan

95 Peratus Pimpinan Bersatu Port Dickson Isytihar Keluar Parti, Papan Tanda Bersatu Diturunkan

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih 95 peratus pemimpin dan penggerak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson, Negeri Sembilan telah menurunkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd