• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Pelawa Anggota UMNO Sertai Amanah

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mempelawa anggota UMNO untuk menyertai parti tersebut berikutan UMNO kini diibaratkan sebuah perahu yang sedang bocor dan karam.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan itu menjelaskan setiap permohonan anggota parti itu akan diteliti terlebih dahulu.

“Memang ada yang intai Amanah dan kita mengalu-alukan mereka tapi kita akan melihat permohonan tersebut ‘case by case’.

“Kita juga akan melihat jika mereka menyokong Rahmatan Lil Alamin (rahmat bagi sekalian alam) dan mengakui bahawa perbuatan rasuah itu tidak betul,” katanya dalam ucapan penggulungan dan penangguhan Konvensyen Amanah Nasional 2018 di sini, hari ini.

Konvensyen tiga hari itu yang bermula Jumaat disertai 1,000 perwakilan dan 3,000 pemerhati dari dalam dan luar negara.

Menjelas lanjut, Mohamad secara sinis berkata Barisan Nasional (BN) kini umpama patah pinggang dan tulang belakang selepas semakin ramai anggota, pemimpin dan wakil rakyat UMNO yang merupakan komponen terpentingnya meninggalkan parti tersebut.

“MCA pula tinggal satu kerusi, MIC ada dua tapi satu lagi akan hilang (Cameron Highlands) ,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad mengingatkan anggota parti supaya mengambil ikhtibar daripada kejatuhan BN dengan sentiasa mengutamakan perbincangan dalam segala isu.

“Jika ada selisih faham kita bincang dengan baik, jika pecah Pakatan Harapan (PH) relailah harapan rakyat dan inilah yang berlaku pada BN,” katanya.

Mohamad juga optimis sokongan orang Melayu terhadap Amanah pada pilihan raya umum akan datang bakal meningkat berdasarkan trend kemasukan ramai anggota baharu. – BERNAMA

Tags: AmanahMat Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?

Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail mempersoalkan kritikan terhadap pelantikan pelawak dan penggiat seni...

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd