• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Orang Asli Terancam Kesan Pembalakan Tidak Ikut SOP

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memandang serius kemusnahan kawasan tadahan air dan pencemaran air sungai di beberapa perkampungan Orang Asli berikutan aktiviti pembalakan yang tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata berikutan itu, masyarakat Orang Asli yang menggunakan air sungai yang tidak bersih kini terdedah kepada penyakit berjangkit serta penyakit kulit.

“Saya akan mendapatkan laporan berhubung syarikat pembalakan yang menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli bagi memastikan mereka mempunyai lesen yang sah atau menjalankan aktiviti berkenaan secara haram,” katanya kepada pemberita selepas meninjau dua perkampungan masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5 dan Kuala Koh di sini, malam tadi.

Beliau berkata hasil tinjauannya turut mendapati kedua-dua kawasan berkenaan terkesan dengan pencemaran akibat aktiviti pembalakan dan perlombongan bijih besi.

“Saya dapat lihat juga pembalak membuang sisa kayu ke dalam anak sungai tanpa mengambil langkah seperti yang ditetapkan dalam SOP supaya kawalan berhubung perkara itu lebih selamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Orang AsliPembalakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd