• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajib PERKESO Pekerja Asing Mulai 1 Januari

oleh
05/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia akan mewajibkan pihak majikan membuat caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk 1.8 juta pekerja asing mereka bermula 1 Jan 2019.

Menterinya M. Kula Segaran berkata, perkara itu diluluskan kabinet, di mana tempoh setahun akan diberi kepada majikan bermula 1 Jan 2019 hingga 1 Jan 2020 untuk mereka menyelesaikan urusan pampasan pekerja yang tertunggak sebelum mula mendaftarkan mereka dengan caruman itu.

“Bermula 1 Jan 2019, majikan perlu mencarumkan pekerja asing mereka dengan caruman PERKESO dan ini melibatkan seramai 1.8 juta pekerja asing yang ada dalam negara, tetapi majikan akan diberi tempoh setahun untuk mereka menyelesaikan urusan pampasan pekerja yang tertunggak sebelum mendaftarkan mereka dengan PERKESO.

“Dalam tempoh setahun itu juga, PERKESO akan turun padang bagi memberi konsultasi dan membantu pihak majikan berkaitan urusan bayaran pampasan tertunggak dan pendaftaran caruman pekerja,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan di bangunan Parlimen hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Tan Sri Azman Shah Haron dan jPresiden Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor.

Pihak kementeriannya juga bercadang untuk meminda beberapa akta pekerjaan dan ia akan dirunding dengan pihak majikan dan pekerja sebelum dibawa dan dibentang di Parlimen, kata Kula Segaran. – BERNAMA

Tags: Perkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

31/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lebih 9 juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kini secara automatik dilindungi sepenuhnya daripada...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd