Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Remaja Ditahan Buat Kenyataan...

JOHOR BAHRU - Padah kerana membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku...

KPKT Jalankan Pendiddikan Awam...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang giat...

Mayat 5 Lelaki Ditemui...

ALOR SETAR - Lima mayat lelaki ditemui terapung di beberapa lokasi di Sungai...

Tun Juhar Dilantik YDP...

KUALA LUMPUR — Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini...

Loji Jana Kuasa Arang Batu TNB Disambungkan Ke Grid Nasional

KUALA LUMPUR – Unit 1 loji jana kuasa arang batu Jimah East Power Sdn Bhd di Port Dickson, Negeri Sembilan, berjaya diselaraskan pada 10 Dis.

Jimah East Power ialah anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan pemilikan 70 peratus.

TNB berkata penyelarasan pertama itu bermakna penjana Unit 1 telah diselaraskan ke sistem grid Malaysia dan mula membekalkan elektrik.

“Ini merupakan pencapaian utama ke arah penyelesaian unit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie berkata projek itu, Loji Tenaga Super Kritikal (USC) Keempat Malaysia, akan meningkatkan kapasiti penjanaan TNB kepada lebih 14,000 MW.

Beliau juga berkata loji janakuasa itu adalah Loji Tenaga Arang Batu USC ketiga TNB, selain Manjung 4 dan Manjung 5, kedua-duanya di Lumut, Perak.

“Kejayaan hari ini penting kerana ia mengesahkan kemajuan projek pada 97 peratus,” katanya.


Loji berharga RM12 bilion itu menempatkan dua unit Loji Tenaga Arang Batu USC 1,000 MW, dengan Unit 1 dijadual memulakan operasi komersial pada Jun 2019 dan Unit 2 pada Disember 2019.

Sementara itu, Pengurus Besar dan Pengarah Toshiba Energy Systems and Solutions, Takao Konishi, berkata Toshiba komited menyumbang kepada usaha untuk merealisasikan ekonomi karbon rendah dan bekalan kuasa yang stabil di Malaysia, dengan menyediakan teknologi penjanaan kuasa utama dunia.

Teknologi USC adalah teknologi pembakaran arang batu yang cekap dengan kecekapan sebanyak 40 peratus berbanding teknologi penghancuran arang batu, dengan kecekapan 36 peratus.

Tenaga yang dijana dari kemudahan Jimah East Power akan dijual kepada TNB mengikut perjanjian pembelian kuasa selama 25 tahun. – BERNAMA

Kategori