• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Akan Kuatkuasa Sijil FC Ke Semua Bangunan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
14/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mewajibkan semua bangunan kerajaan mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC) terhadap kesemua bangunan kerajaan mulai tahun hadapan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata pelaksanaan itu dibuat berikutan ada beberapa bangunan kerajaan yang didapati tidak mempunyai sijil berkenaan.

“Jadi sekarang pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) sudah pergi (buat pemeriksaan) ke bangunan kerajaan yang tidak ada. Mereka juga diberi tempoh masa untuk membuat persediaan bagi mendapatkan Sijil FC,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Syarikat See Hau Global di Ulu Tiram, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berita semalam (Khamis) mengenai 27 premis di Pulau Pinang termasuk sebuah hospital di Georgetown dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang didapati tidak mempunyai Sijil FC.

Katanya, kertas kerja berhubung penguatkuasaan itu juga sudah disiapkan dan akan dibentangkan ke Kabinet secepat mungkin.

Mengenai cadangan pembinaan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di atas tanah wakaf milik Kerajaan Negeri, beliau berkata cadangan itu masih di peringkat kajian.

“Kita masih mengkaji sistem dan mekanisme tentang tanah wakaf dan sebagainya. Selepas itu, kita akan bentang ke peringkat negeri kerana tanah wakaf di bawah Kerajaan Negeri dan Sultan, lepas kertas kerja siap kita akan bentangkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPKTZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

Nga Elak Soalan Letak Jawatan, Mahu Fokus Kepada Rakyat Katanya

Nga Elak Soalan Letak Jawatan, Mahu Fokus Kepada Rakyat Katanya

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengelak daripada memberikan jawapan secara langsung ketika ditanya mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd