Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

13 Peratus Kematian Di...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13.02 peratus daripada rekod kematian di hospital kerajaan dan...

Baka Lembu Tenusu Di...

MUADZAM SHAH - Luasnya nun saujana mata memandang. Kehijauan dan kesuburan rumput napier...

Hampir 23 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,646,581 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19...

Sultan Sharafuddin Terkejut Selangor...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan...

KPDNHEP Teluk Intan Pantau 25 Stesen Minyak

TELUK INTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau 25 stesen minyak di sekitar Daerah Hilir Perak di sini dan Bagan Datuk bagi memastikan bekalan bahan api petrol dan diesel sentiasa mencukupi.

Ketua Cawangan KPDNHEP Teluk Intan, Suhaimi Dawi berkata pemantauan berterusan bekalan itu dilakukan selepas tercetus khabar angin pengusaha stesen minyak enggan membuat pesanan bekalan bahan api berkenaan seperti biasa.

“KPDNHEP memandang serius terhadap pengusaha stesen minyak tidak mematuhi arahan yang telah dikeluarkan berkaitan stok penyimpanan minyak.

Pegawai penguatkuasa kita akan membuat pemantauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa sehingga 6 Jan nanti ke atas stesen-stesen menjual bahan api bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi untuk kegunaan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan di salah sebuah stesen minyak, di sini hari ini.


Khabar angin pengusaha stesen minyak enggan menambah simpanan dalam tangki menjelang hujung bulan ini timbul selepas kerajaan mengumumkan mahu melaksanakan langkah mengapung semula harga bahan api petrol dan diesel secara mingguan.

Kata beliau, pemilik atau pengusaha stesen boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 12 (A) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, pengusaha tidak dibenarkan menutup stesen petrol dan diesel atau memberhentikan penjualan bahan api tersebut di stesen mereka tanpa kebenaran,” katanya. – BERNAMA

Kategori