• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Persekutuan Akan Jumpa K’jaan Negeri Bincang Masalah Orang Asli

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kerajaan Persekutuan akan mengadakan satu perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk pihak yang berkaitan bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi masyarakat Orang Asli di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy berkata ia susulan daripada lawatannya ke beberapa perkampungan Orang Asli di Kahang dekat Kluang, di sini, yang rata-rata mempuyai masalah yang sama iaitu bekalan air bersih, bekalan elektrik dan tanah adat yang tidak diwartakan.

“Melalui tinjauan yang dilakukan hari ini, banyak lagi keperluan masyarakat Orang Asli yang perlu dibuat penambahbaikan bagi memastikan mereka mempunyai kemudahan asas untuk menjalani kehidupan seharian.

“Masalah utama yang diutarakan orang Asli adalah tanah adat yang masih belum diwartakan. Oleh itu, kita akan cuba cari satu jalan penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Adat Kampung Orang Asli Pucur di Pekan Kahang dekat sini hari ini.

Sementara itu, Waytha Moorthy berkata melalui Belanjawan 2019 sebanyak RM107 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan prasarana serta keperluan utiliti masyarakat Orang Asli di seluruh negara dan ia akan digunakan secara optimum serta berperingkat.

Beliau berkata bagi keperluan utiliti seperti bekalan air bersih serta elektrik, ia akan diberikan perhatian sepenuhnya oleh kerajaan pusat dan akan ditangani secara berhemah sepanjang tempoh pelaksanaannya nanti.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut mengadakan sesi dialog bersama penduduk Kampung Orang Asli Sungai Peroh dan Kampung Orang Asli Pucur, bagi memberi peluang kepada mereka memberi pendapat selain meluahkan masalah yang dihadapi mereka. – BERNAMA

Tags: masalahOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd