Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Final Piala AFF: Misi...

HANOI — Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyedari barisan anak buahnya...

Lelaki Myanmar Ditahan Rakam...

JOHOR BAHRU - Seorang warga Myanmar menerima padah selepas ditahan polis kerana mengintai...

Najib Tak Pernah Dengar...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Razak mendakwa tidak pernah dengar syarikat judi...

7,000 Ejen Polis Rahsia...

TEHERAN - Ramai netizen dan media di Iran melahirkan kebimbangan susulan penugasan 7,000...

Kerajaan Selangor Jadi Orang Tengah Isu Kuil- MB

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengekalkan pendirian menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu pemindahan kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya yang menyebabkan insiden rusuhan sebelum ini.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata pihaknya akan cuba mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan semua pihak terbabit berpuas hati terhadap keputusan yang akan dimuktamadkan minggu depan.

“Mana-mana pihak boleh kemukakan cadangan tertentu (berkaitan isu pemindahan kuil) namun saya harap pihak terbabit dapat bersabar kerana saya nampak semakin jelas (penyelesaiannya) selepas beberapa diskusi yang dibuat hari ini dan semalam.

“Seperti saya sebut, penyelesaian harus mempertahankan prinsip ‘the rule of law’ dan jika semua pihak bersetuju, mereka harus melalui beberapa proses perundangan.

“Kepentingan kerajaan negeri hanya memastikan soal keamanan dan kestabilan,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Pada 28 September lalu, satu notis pengosongan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil itu mengosongkan tapak kuil pada atau sebelum 15 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pada 10 November lalu, tiga penganut kuil berkenaan memfailkan saman bagi menuntut antaranya perintah injunksi bahawa defendan atau orang lain dilarang daripada masuk, dan berada atau menggunakan kekerasan untuk mendapatkan semula hartanah kuil itu.


Mereka juga memohon supaya perintah persetujuan bersama itu batal dan tidak sah (null and void), salah di sisi undang-undang serta tidak berkuasa, selain kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berikutan itu, minggu lalu, berlaku kejadian rusuhan di kuil berkenaan sehingga mengakibatkan pegawai bomba anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, cedera dipukul ketika mahu memadam kebakaran di kawasan kuil itu.

Namun, pada 29 November lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos terhadap permohonan plaintif atas alasan antaranya, permohonan plaintif tiada locus standi dan One City adalah pemilik sah tapak kuil berkenaan. – BH ONLINE

Kategori