• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Digesa Beri Penjelasan Mengenai Jualan Petrol

oleh Ahmad Albab
24/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memberi penjelasan kepada rakyat mengenai jumlah keuntungan yang dikutip selama enam minggu oleh kerajaan mengenakan cukai hasil jualan petrol.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata Kementerian Kewangan atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diminta memberi perbezaan harga sejak 8 November lalu sehingga sekarang sementara menunggu pengumuman harga runcit baharu petrol pada 1 Januari 2019.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia baharu sebab (selain pemansuhan GST), menunaikan salah satu janji besar pilihan raya iaitu menstabilkan harga minyak. Seperti yang kita maklum, harga RON95 kekal pada harga RM2.20 seliter dari Mei sehingga akhir tahun ini.

“Syukur dapat kerajaan yang mengutamakan rakyat. Ini mestilah sebab kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyediakan subsidi yang besar untuk memastikan harga minyak tidak naik, bukan seperti zaman Barisan Nasional (BN)!.

“Tetapi, betul juga cakap ‘lunch buddy’ (rakan makan tengah hari) saya, Saudara Rafizi Ramli, bukan ke harga minyak dunia sudah turun? Beliau ada buat kiraan sendiri. Saya pun cuba buat kiraan mengikut harga mingguan bagi mengesahkan kiraan Rafizi.

Rupa-rupanya, sudah enam minggu kerajaan PH mengenakan cukai ke atas jualan petrol,” katanya menerusi entri di laman Facebook miliknya, hari ini.

Khairy berkata, sudah enam minggu rakyat membayar lebih daripada harga pasaran. Bukan setakat tidak dapat subsidi, enam minggu rakyat bayar ‘cukai’ kepada Kerajaan setiap kali isi minyak.

Tetapi rakyat tidak boleh mengomel sebab ingat, janji pilihan raya bukan turunkan harga minyak tapi menstabilkan harga minyak. Jadi, walaupun harga minyak di pasaran dunia sudah turun, kerajaan tidak berbuat demikian kerana janji yang dilakukan.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu, kerajaan PH memutuskan untuk mengembalikan penentuan harga runcit petrol bermula 1 Januari 2019 mengikut sistem Automatic Pricing Mechanism (APM) berdasarkan apungan harga semasa seperti yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini.

“Saya pernah menulis mengenai mekanisme penentuan APM bagi harga petrol sebelum ini yang mana penentuan adalah menerusi indeks Mean of Platts Singapore (MOPS). “Boleh rujuk pautan di bawah untuk penulisan saya sebelum ini: https://www.facebook.com/Khairykj/posts/997572466926021. Ramai akan bertanya kenapa perlu rujuk Singapura?

“Realitinya, indeks MOPS adalah standard yang digunakan oleh banyak negara ASEAN dalam penentuan harga jualan petrol di negara masing-masing, malah Australia juga menggunakan rujukan ini,” katanya.

Walaupun kerajaan belum menjelaskan sama ada penentuan harga jualan petrol akan dilaksanakan secara bulanan atau mingguan, Khairy berkata beliau merasakan mekanisme penentuan secara mingguan adalah lebih baik dan telus berikutan turun naik harga minyak dunia yang tidak menentu sepanjang masa.

“Saudara Rafizi juga bersetuju dengan kaedah mingguan ini. Berbalik kepada isu asal, harga terkini RON95 mengikut APM bagi setiap liter adalah lebih rendah daripada harga jualan yang ditetapkan kerajaan iaitu RM2.20.

“Kadar harga di bawah RM2.20 ini juga bukan baharu berlaku, sebaliknya sudah berlarutan sejak 8 November, lebih daripada sebulan dan selama itu kerajaan sudah mengutip keuntungan atau mengenakan cukai ke atas setiap liter jualan petrol. Boleh rujuk harga MOPS RON95 di sini: https://www.cmegroup.com/trading/energy/refined-products/singapore-mogas….

“Jika disemak, harga jualan petrol RON95 bagi minggu ini adalah sekitar RM1.94 manakala bagi tempoh lima minggu sebelum ini, harga jualan RON95 sepatutnya adalah antara RM1.95 sehingga RM2.18 saja,” katanya.

Namun, tambah beliau, kerajaan masih tetap membuat keputusan untuk mengekalkan harga jualan RON95 pada kadar RM2.20 walaupun berlaku penurunan harga yang agak ketara bagi tempoh terbabit. – BH ONLINE

Tags: Khairy JamaluddinMinyak Petrol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd